FRIENDS

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Thursday

Muslimah Dan Facebook

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari. "Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!" Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini.. Bagaimana syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik...
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Aku bukan siapa-siapa. Aku hanyalah seorang perempuan hina yang baru kenal erti hidup berTuhan dan ingin berkongsi
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :') Sumber : Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'