FRIENDS

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Friday

Duhai jiwa yang resah!~

Ya Allah.. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku Aku kembali mengulangi kesilapan lalu Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat Walaupun aku sedar dosa mengundang azab Entah apa sudah jadi dengan diriku ini Terasa Iman dijiwa semakin parah Semakin lemah dan semakin rosak Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang Semakin pudar seakan lenyap
Aduh..teruknya diriku..
Ya Allah Berilah aku kekuatan dan petunjuk Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan Yang sangat hebat membinasakan diriku Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku Ya Allah Bagaimanalah kedudukanku disisiMu? Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana? Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam? Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya? Aku tidak mahu ya Allah Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu! Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat! Aku tidak mahu... Ya Allah.. Maafkanlah diriku Tolong maafkan diriku Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini Terlalu banyak..tidak terhitung.. Ampunkanlah Ya Allah Ampunkanlah Ya Allah Bersihkanlah diriku ya Allah Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!! Aku merayu penuh harap Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu Redhailah diriku Ya Allah Redhailah keluargaku Ya Allah Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah Rahmatilah kami Ya Allah.. Rahmatilah.. Rahmatilah..
Duhai jiwa yang resah.. hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..
SUMBER : CORETAN HATI SI PELAKU DOSA