FRIENDS

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Wednesday

#np

Bila mata tidak mampu BERTEMU MATA, melihat resahnya jiwa..
bila SUARA tidak mampu singgah ke telinga..
membisikkan kata-kata SEMANGAT..
namun INGATANbertandang mengusik rasa..
tertanya-tanya, apa KHABARMU di sana..
kutitipkan DOA padaNYA, semoga kamu BAIK-BAIK di sana..



Walau jauh menyisih, tetap jua TERPATRI di hati..
di dalam hati ada CINTA, di dalam cinta ada "dia"..
dua BENUA pasti dapat DISATUKAN dengan JANJI Allah..
InsyaAllah..

Thursday

pilopobia

I wish I never met him..
I wish I never knew him.. most of all..
I wish I wasn’t in love with him so I wouldn’t feel this way..
I feel rejected and all.. feeling helpless and hopeless..
I know by now where this might lead to,
I wish I could tell you but I know that you don’t feel the same
so I’ll just keep this to myself,
curl up and wait until this feeling goes away..



I do love you but not much...
I can’t wait for the time that I will be with you ;(

Jilbab



Alangkah indahnya kulihat, berjalan seorang muslimah mukminah..dengan diri yang di tutupi jilbab labuh, dia berjalan penuh tawadhu'..

Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat mujahidah..

Di sebalik fizikalnya yang mengetarkan jiwa-jiwa..bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa..

Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah..ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..

Setiap gerak lakunya cukup mengambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas...

Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA...

Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan, melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwah...

Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH, agar segera berfikir tentangNYA..


SubhanAllah...

Wednesday

Tulang rusuk



WANITA DIJADIKAN DARI TULANG RUSUK YANG BENGKOK...


Apa kurangnya di dalam syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan
Siti Hawa.... Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka... KAYU YANG BENGKOK TIDAK AKAN MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG YANG LURUS...

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah... Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya... JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, nanti mereka semakin liar...

Jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN, nanti mereka semakin menderita... Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.... Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. ... Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak....

Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN... Itu bukan diskriminasi Tuhan... Sebaliknya, di situlah kasih sayang Tuhan, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya....

WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan... Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan... LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki....

Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki... Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan... Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.... Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa....

Para lelaki pula JANGAN HANYA MENGHARAP KETAATAN, tetapi binalah KEPIMPINAN... Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.... Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita...

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...


Mawar berduri :(



♥ Demi Allah...jangan kau PERCAYA terhadap kata2 sebahagian LELAKI bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK dan ADAB..Berbicara denganmu seperti SAHABAT dan apabila MENCINTAIMU hanyalah sebagai TEMAN AKRAB..Demi ALlah,dia BERBOHONG..Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka,pasti engkau TAKUT dan NGERI..

♥ Lelaki yang BAIK dan SOLEH akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang HALAL dan terhormat. Dia akan datang meminang dan mengahwinimu."

Wallahua'lam..

Aku tgh berusaha berusaha!! Ya TUHAN.. kuatkanlahh iman ku yg rapuh ni... katakan TAKNAK kepada LELAKI GATAL!! ee gatal sungguh... kalau berani dtg lahhh!! PENAKUTTTT boooo

::peringatan utk diri sendiri juge::


Sunday

Adehhhh =='

Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.

Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.

Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat? Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.

Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.


Wallahualam...