FRIENDS

Daisypath Anniversary tickers

Pages

Friday

Berangan wehhh!!

Seriusss designn nihh menarik perhatiankuuu... x kesahlahh nk berangan je pun!! kehkehkehkehhh >.< hokehhhhh!! seriuss taimmm.. Mengapa majlis bertunang sudah gah ditontonkan kepada masyarakat? Sedangkan ianya sangat bertentangan dengan apa yang Rasulullah Sholallahu A'laihi Wasalam pesankan kepada kita. RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBOHKAN PERNIKAHAN. Kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkinkah masyarakat kita akan buat Majlis Perkenalan sebelum dilangsungkan Majlis Pertunangan! Siapa tahu? "Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'" (Hadis riwayat Al-Baihaqi) Ehhh!!~ nihh cite pasal nikahh pulokk dahh >.< Apa yang lebih membimbangkan, ada pasangan yang sanggup berhutang untuk mengadakan majlis bertunang tetapi baru hari ini bertunang esok sudah putus! Ikatan pertunangan adalah proses berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga. Jika dalam tempoh bertunang itu dirasakan tidak sesuai, tidak mengapa jika diputuskan pertunangan kerana dikhuatiri akan membawa masalah selepas berkahwin. Jika bertunang pun diheboh-hebohkan, tidakkah malu bagi pihak perempuan jika pertunangan mereka terpaksa diputuskan? Sedangkan bertunang itu bukanlah satu ikatan sah. CINTA PUNYA PASAL "Kerana cinta kepadamu, akanku bayar seluas lautan untukmu" (Cewahhh!!) Lebih lanjut lg buleh bace disini hihihihi JOM NIKAH NAK??

Duhai jiwa yang resah!~

Ya Allah.. Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku Aku kembali mengulangi kesilapan lalu Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat Walaupun aku sedar dosa mengundang azab Entah apa sudah jadi dengan diriku ini Terasa Iman dijiwa semakin parah Semakin lemah dan semakin rosak Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang Semakin pudar seakan lenyap
Aduh..teruknya diriku..
Ya Allah Berilah aku kekuatan dan petunjuk Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan Yang sangat hebat membinasakan diriku Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku Ya Allah Bagaimanalah kedudukanku disisiMu? Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana? Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam? Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya? Aku tidak mahu ya Allah Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu! Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat! Aku tidak mahu... Ya Allah.. Maafkanlah diriku Tolong maafkan diriku Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini Terlalu banyak..tidak terhitung.. Ampunkanlah Ya Allah Ampunkanlah Ya Allah Bersihkanlah diriku ya Allah Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!! Aku merayu penuh harap Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu Redhailah diriku Ya Allah Redhailah keluargaku Ya Allah Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah Rahmatilah kami Ya Allah.. Rahmatilah.. Rahmatilah..
Duhai jiwa yang resah.. hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..
SUMBER : CORETAN HATI SI PELAKU DOSA